SEMAKAN STATUS SARA 100 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah memberi manfaat kepada 5.4 juta penerima aktif melalui pengkreditan bulanan untuk pembelian barangan asas dalam menyokong keperluan hidup.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima sara rm 100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: RM100 BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA 100
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Catatan : Semua penerima SARA 2025 akan menerima bantuan one-off RM100 yang akan disalurkan secara automatik kepada seluruh rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa memerlukan sebarang permohonan, mulai 31 Ogos 2025.
AMAUN BAYARAN
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima pada 31 Ogos 2025.
SEMAKAN STATUS SARA 100
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal SARA:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
MANFAAT PELAKSANAAN
Bantuan bulanan SARA 2025 atau Bantuan RM100 ONE-OFF yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan untuk memenuhi keperluan harian di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Negara.
SEMAKAN SENARAI BARANGAN GUNA SARA RM 100
14 Kategori Barangan Asas yang didaftar di bawah Program SARA 2025 seperti berikut:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Tepung;
- Minyak Masak;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Peralatan Sekolah;
- Produk Kebersihan Rumah
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025
- Adakah SARA 2025 perlu dimohon?
- Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik kepada individu Miskin Tegar dan Miskin eKasih dan semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan melalui MyKad.
- Adakah penerima SARA 2025 akan menerima SARA RM100 ONE-OFF?
- Ya, SEMUA penerima SARA 2025, dan BUKAN penerima SARA yang berusia 18 tahun ke atas yang merupakan warganegara Malaysia akan menerima RM100 ONE-OFF pada 31 Ogos 2025.
- Bilakah tarikh luput kredit SARA 2025?
- Kredit SARA SAH digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025.
- Adakah SARA boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara