CHECK SARA RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Pemberian awal Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya fokus kepada 5.4 juta rakyat yang kurang berkemampuan. Namun, kerajaan MADANI telah menambah peruntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat tanpa mengira pendapatan.
Bagaimanakah check status kelayakan SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYSARA ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT PENERIMA SARA 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima SARA setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.
Berikut pula syarat kelayakan penerima SARA sekaligus :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tanpa mengira had pendapatan.
CHECK SARA RM100 2025
Berikut merupakan panduan cara check status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Pautan Laman Web Rasmi SARA MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Layari laman web rasmi SARA MyKasih; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘semakan’ akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan SARA sebanyak berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | BAYARAN SETIAP BULAN | BAYARAN SEKALIGUS |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM100 – RM200 | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
Isi Rumah Asas (Daftar STR sahaja) | RM100 | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
Semua Isi Rumah | – | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | BAYARAN SETIAP BULAN | BAYARAN SEKALIGUS |
---|---|---|
Warga Emas Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM100 – RM150 | RM100 |
Warga Emas Asas (Daftar STR sahaja) | RM50 | RM100 |
Semua Warga Emas | – | RM100 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | BAYARAN SETIAP BULAN | BAYARAN SEKALIGUS |
---|---|---|
Bujang Miskin (Daftar STR & eKasih) | RM50 | RM100 |
Bujang Asas (Daftar STR sahaja) | – | RM100 |
Semua Bujang | – | RM100 |
TARIKH BAYARAN SARA RM100 2025
Bayaran Bantuan SARA dilaksanakan pada tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN SETIAP BULAN | TARIKH BAYARAN SEKALIGUS |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 31/08/2025 (Ahad) |
SOALAN LAZIM SARA
Antara soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA adalah :
- Adakah semua kategori akan menerima Bantuan SARA sebanyak RM100?
- Hanya bayaran sekaligus sahaja dibayar sebanyak RM100 kepada setiap kategori. Namun, bayaran setiap bulan adalah berbeza bagi setiap kategori.
- Adakah baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad masih boleh digunakan pada bulan seterusnya?
- Ya. Baki yang ada dalam MyKad akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bayaran baharu.
- Bilakah tempoh sah guna Bantuan SARA dalam MyKad?
- Sah sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
- Adakah perlu mengemukakan permohonan untuk terima Bantuan SARA?
- Tidak. Pemberian Bantuan SARA adalah secara automatik kepada yang layak tanpa perlu kemukakan permohonan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.