SEMAK MYSARA ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100
Sistem pembayaran Bantuan MySARA telah diselaraskan kepada semua penerima di seluruh Malaysia supaya penerima dapat menerima dan menggunakan dengan mudah dan selamat di mana-mana kedai serta pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semak status penerima MySARA secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA RM100 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA
KADAR BANTUAN MYSARA 2025
Bantuan MySARA dibayar setiap bulan dan sekaligus kepada setiap kategori dengan kadar sebanyak berikut :
- Kadar Bayaran MySARA Setiap Bulan :
PENERIMA SEDIA ADA (DAFTAR STR & EKASIH) | PENERIMA SEDIA ADA (DAFTAR STR SAHAJA) |
---|---|
Isi Rumah : RM100 – RM200 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
Warga Emas : RM100 – RM150 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
Bujang : RM50 setiap bulan | Bujang : – |
- Kadar Bayaran MySARA Sekaligus (One-off) :
SEMUA RAKYAT MALAYSIA (TERMASUK PENERIMA SEDIA ADA) |
---|
Isi Rumah : RM100 (suami) & RM100 (isteri) |
Warga Emas : RM100 |
Bujang : RM50 |
JADUAL BAYARAN MYSARA 2025
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan MySARA sepanjang tahun 2025 :
CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Setiap bulan | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Sekaligus (One-off) | 31 Ogos 2025 |
CARA BAYARAN MYSARA 2025
Semua penerima dari seluruh Malaysia (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) akan menerima bayaran MySARA dengan cara yang sama iaitu secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) setiap bulan dan sekaligus (one-off).
SEMAK MYSARA ONLINE 2025
Status kelayakan penerima Bantuan MySARA boleh disemak secara online seperti beirkut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MySARA di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MySARA akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima MySARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAKI MYSARA ONLINE 2025
Baki Bantuan MySARA yang ada dalam MyKad boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan MySARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM MYSARA
Berikut adalah antara soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan MySARA :
- Siapakah layak terima Bantuan MySARA?
- 5.4 juta rakyat layak terima Bantuan MySARA setiap bulan dan 22 juta rakyat akan penerima Bantuan MySARA sekaligus.
- Adakah perlu memohon Bantuan MySARA?
- Tidak perlu memohon kerana Bantuan MySARA diberikan secara automatik kepada yang layak.
- Bilakah tempoh sah Bantuan MySARA?
- Boleh digunakan pada bila-bila masa dan sah sehingga 31 Disember 2025.
- Jika pembelian melebihi baki Bantuan MySARA dalam MyKad?
- Pembelian hendaklah tidak melebihi baki yang ada. Sekiranya melebihi baki, penerima perlu membayarnya secara tunai.
- Bolehkah membuat pengeluaran tunai Bantuan MySARA dalam MyKad?
- Tidak boleh. Pembelian hanyalah secara tanpa tunai menggunakan MyKad.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.