SEMAKAN SARA 2025 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN SARA 2025 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membantu meringankan beban golongan memerlukan dengan pengkreditan bantuan secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas harian.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara 2025 rm100? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN MYSARA ONLINE 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025

Kelayakan penerima SARA STR 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Catatan: Semua penerima SARA 2025 akan menerima bantuan one-off RM100 yang akan disalurkan secara automatik kepada seluruh rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa memerlukan sebarang permohonan, mulai 31 Ogos 2025.

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA 2025 RM100

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Catatan : Status kelayakan penerima bantuan one-off RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025 di Portal Rasmi MyKasih.

KADAR BAYARAN SARA 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

Tambahan BANTUAN ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima pada 31 Ogos 2025.

CARA PELAKSANAAN SARA 2025 RM100

Bantuan RM100 ONE-OFF atau SARA STR akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut:

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025 RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Adakah SARA 2025 perlu dimohon?
    • Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik kepada individu berstatus Miskin Tegar dan Miskin eKasih, dan semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  2. Siapa layak menerima SARA RM100?
    • SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk penerima SARA 2025 dan bukan penerima SARA.
  3. Bagaimanakah cara mohon SARA RM100?
    • SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik melalui MyKad tanpa sebarang permohonan diperlukan kepada SEMUA warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
  4. Bila Tamat Tempoh kredit SARA dalam MyKad?
    • Kredit SARA boleh digunakan sehingga akhir tahun 2025.
  5. Adakah SARA boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment