BANTUAN RM100 MYKAD SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN RM100 MYKAD SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Insiatif Bantuan Dalam MyKad adalah dibawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan secara tanpa tunai supaya dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan dengan mudah dan selamat.

Bagaimanakah semak penerima sam ada layak atau tidak Bantuan RM100 MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR MAYBANK BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2025

KAEDAH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD

Pembayaran Bantuan Dalam MyKad adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  • Bayaran Secara Ansur Setiap Bulan :
    • Hanya dibayar kepada 5.4 juta penerima sedia ada yang telah mendaftar STR dan eKasih.
  • Bayaran Secara Terus Sekaligus (One-Off) :
    • Akan dibayar kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia (termasuk penerima sedia ada).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Dalam MyKad bagi tahun 2025 :

  • Penerima Sedia Ada :
KATEGORI
KELAYAKAN
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA MISKIN)
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA ASAS)
Isi RumahRM100 – RM200
setiap bulan
RM100
setiap bulan
Warga EmasRM100 – RM150
setiap bulan
RM50
setiap bulan
BujangRM50
setiap bulan
  • Penerima Sedia Ada dan Baharu :
KATEGORI
KELAYAKAN
JUMLAH BAYARAN
(SEMUA RAKYAT)
Isi RumahRM100 (suami)
RM100 (isteri)
sekaligus
Warga EmasRM100
sekaligus
BujangRM100
sekaligus

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD

Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Dalam MyKad mengikut tarikh berikut :

  • Bayaran Setiap Bulan :
    • 15 Januari 2025;
    • 1 Februari 2025;
    • 1 Mac 2025;
    • 1 April 2025;
    • 1 Mei 2025;
    • 1 Jun 2025;
    • 1 Julai 2025;
    • 1 Ogos 2026;
    • 1 September 2025;
    • 1 Oktober 2025;
    • 1 November 2025;
    • 1 Disember 2025.
  • Bayaran Sekaligus (One-Off) :
    • 31 Ogos 2025.

BANTUAN RM100 MYKAD SEMAK

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Dalam MyKad, ikuti panduan semakan berikut :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 700230113456.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SOALAN LAZIM BANTUAN DALAM MYKAD

Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan Dalam MyKad :

  1. Siapakah layak terima Bantuan Dalam MyKad?
    • Semua rakyat Malaysia yang menepati syarat serta kriteria yang ditetapkan.
  2. Apakah kegunaan Bantuan Dalam MyKad?
    • Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai.
  3. Bolehkah membuat pengeluaran tunai Bantuan Dalam MyKad?
    • Tidak boleh. Penerima hanya perlu membuat pembelian secara tanpa tunai dengan menggunakan MyKad.
  4. Dimanakah boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKad?
    • Di mana-mana 4,100 kedai dan pasaraya yang terpilih mempunyai tanda ‘SARA MyKasih diterima di sini’.
  5. Bilakah tarikh akhir sah guna Bantuan Dalam MyKad?
    • Sebelum 31 Disember 2025 sahaja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment