PORTAL RASMI SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak untuk digunakan bagi membeli barangan keperluan asas untuk menyokong kelangsungan hidup.
Bagaimanakah semakan status penerima rm100 di portal rasmi sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR CIMB BILA MASUK : FASA 3 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100
Kelayakan penerima SARA STR 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SARA ONE-OFF sebanyak RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia pada 31 Ogos 2025, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
PORTAL RASMI SARA
Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://sara.gov.my/ |
SEMAKAN STATUS DI PORTAL RASMI SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui kaedah seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
KADAR BAYARAN RASMI SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:
- Penerima Lulus STR & Berstatus eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Lulus STR & Bukan eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima melalui MyKad pada 31 Ogos 2025, dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA PELAKSANAAN SARA RM100
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF atau SARA STR yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 7,300 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100 UNTUK SEMUA
- Siapa layak menerima SARA RM100?
- SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon SARA RM100?
- SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Bagaimanakah cara guna kredit SARA RM100?
- Kredit SARA RM100 boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas di premis runcit berdaftar. Senarai Barangan Keperluan Asas boleh disemak di pautan berikut: https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/
- Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
- Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
- Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara