LOGIN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100 DALAM MYKAD
Terkini! Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan bantuan one-off kepada 22 juta rakyat Malaysia di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara login dan semak status kelayakan penerima sara rm100 dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK STATUS SARA ONLINE (ONE OFF RM100)
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 DALAM MYKAD
Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan;
SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
MANFAAT SARA RM100 DALAM MYKAD
Bantuan SARA RM100 ONE-OFF boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis runcit berdaftar di seluruh Negara seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
TARIKH PENYALURAN BAYARAN SARA RM100 DALAM MYKAD
Bantuan RM100 one-off akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA LOGIN SARA ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih;
- Aplikasi MyKasih
Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.
LOGIN DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA DI PORTAL MYKASIH
Status Kelayakan SARA ONE-OFF boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
LOGIN DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA DI APLIKASI
Status Kelayakan SARA ONE-OFF boleh disemak seperti berikut:
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android), ATAU App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara