BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan dalam siaran media bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula dilaksanakan bermula 12 Ogos 2025 (esok) kepada 8.6 juta penerima dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA RM100 CHECK STATUS : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR FASA 3
Penerima Sedia AdaMulai 12 Ogos 2025 (Selasa)
Penerima BaharuMulai 12 Ogos 2025 (Selasa)

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Setiap kategori akan menerima bayaran STR Fasa 3 dengan jumlah sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM150 hingga RM650
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM150 hingga RM300
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada Pasangan
(Balu / Duda / Janda)
RM150
BujangRM150

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran STR Fasa 3, Kerajaan menyediakan dua (2) kedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR FASA 3
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akuan Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN) terdekat termasuk di
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

BILANGAN PENERIMA STR FASA 3 2025

Seiring dengan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima STR setiap fasa akan bertambah seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANBILANGAN PENERIMA STR
Fasa 18.3 juta penerima
Fasa 28.5 juta penerima
Fasa 38.6 juta penerima
Fasa 4Belum diketahui

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025

Penerima STR Fasa 3 disahkan berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :

  • ISI RUMAH :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • WARGA EMAS :
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • BUJANG :
    • Belum berkahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan atau maklumat bayaran STR Fasa 3, ikuti cara semakan di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment