BANTUAN RM100 MYKAD 2025 SEMAK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN RM100 MYKAD 2025 SEMAK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang disalurkan pada setiap awal bulan boleh digunakan bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga akhir tahun, Disember 2025.

Bagaimanakah semak penerima bantuan rm100 mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan MyKad merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih, iaitu bantuan tanpa tunai yang disalurkan setiap bulan melalui MyKad penerima. Kredit SARA tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah serta peralatan sekolah di 4,100 premis berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025 setiap bulan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Nota : Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun akan menerima bantuan tambahan SARA one-off sebanyak RM100 pada 31 Ogos 2025, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan.

KADAR BAYARAN DISALURKAN DALAM MYKAD

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA KREDIT BANTUAN RM100 MYKAD

Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai berdaftar seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima. Berikut merupakan senarai kedai berdaftar SARA https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment