MYKASIH DALAM MYKAD SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MYKASIH DALAM MYKAD SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Disamping membantu menampung bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan memperluaskan penyaluran Bantuan MyKasih kepada lebih ramai rakyat dewasa Malaysia melalui MyKad sebagai merakam penghargaan kepada rakyat tanpa mengira pendapatan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2025 CARA SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

MANFAAT MYKASIH DALAM MYKAD

Antara manfaat Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad adalah dapat membantu penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur :
    • (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman :
    • (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin :
    • (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa :
    • (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan :
    • (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan :
    • (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan :
    • (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah :
    • (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

JUMLAH KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan jumlah kredit Bantuan MyKasih dalam MyKad setiap penerima :

KELAYAKAN
PENERIMA
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Miskin &
Miskin Tegar
RM100/RM200 sebulan
+ RM100 one-off
= RM2,200 setahun
RM100/RM150 sebulan
+ RM100 one-off
= RM1,750 setahun
RM50 sebulan
+ RM100 one-off
= RM700 setahun
Asas Bukan
Miskin
RM100 sebulan
+ RM100 one-off
= RM1,000 setahun
RM50 sebulan
+ RM100 one-off
= RM550 setahun
RM100 one-off
Semua RakyatRM100 one-offRM100 one-offRM100 one-off

JADUAL KREDIT MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah mengikut jadual berikut :

TARIKH KREDITPENERIMA MISKIN
& MISKIN TEGAR
PENERIMA ASAS
BUKAN MISKIN
SEMUA RAKYAT
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM50
Bujang : –
31/08/2025 (Ahad)Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM100
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM100
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM100

MYKASIH DALAM MYKAD SEMAKAN 2025

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan MyKasih dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 830231112345.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Baki kredit Bantuan MyKasih dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment