SARA 2025 CARA SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA

SARA 2025 CARA SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA

Bantuan SARA rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan bersasar yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan asas rakyat.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima bayaran Bantuan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MEMOHON & TUNTUTAN ONLINE

CARA AGIHAN BANTUAN SARA 2025

Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA melalui cara berikut :

  • Penerima Semenanjung Malaysia :
    • Diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
  • Penerima Sabah dan Sarawak :
    • Diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
  • Semua Rakyat Dewasa Malaysia :
    • Disalurkan sekaligus (one-off) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Kadar bayaran Bantuan SARA adalah bergantung kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN BANTUAN SARA
Penerima STR dan eKasihRM100 – RM200 setiap bulan
(Tambahan RM100 one-off)
sehingga
RM2,200 setahun
Penerima STRRM100 setiap bulan
(Tambahan RM100 one-off)
sehingga
RM1,000 setahun
Bukan Penerima STRRM100 one-off
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR BAYARAN BANTUAN SARA
Penerima STR dan eKasihRM100 – RM150 setiap bulan
(Tambahan RM100 one-off)
sehingga
RM1,750 setahun
Penerima STRRM50 setiap bulan
(Tambahan RM100 one-off)
sehingga
RM550 setahun
Bukan Penerima STRRM100 one-off
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN BANTUAN SARA
Penerima STR dan eKasihRM50 setiap bulan
(Tambahan RM100 one-off)
sehingga
RM700 setahun
Penerima STRRM100 one-off
Bukan Penerima STRRM100 one-off

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Bayaran Bantuan SARA dalam MyKad adalah pada tarikh berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Penerimaan Setiap bulan15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Penerimaan One-off31 Ogos 2025

SARA 2025 CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SARA 2025 CARA SEMAK BAYARAN

Ikuti cara semakan bayaran Bantuan SARA dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment