EKASIH 2025 SEMAK STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Berdasarkan rekod terbaru eKasih, kira-kira seramai 700,000 ribu individu telah tersenarai dan layak untuk menerima bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang tertinggi pada tahun ini.
Bagaimanakah semak status penerima eKasih? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA BAYARAN DUIT STR FASA 3 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
JUMLAH BAYARAN EKASIH 2025
Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Bantuan SARA seperti berikut :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM100 – RM200 (tiap bulan) sehingga RM2,100 (setahun) Tambahan : RM100 one-off | RM100 – RM150 (tiap bulan) sehingga RM1,650 (setahun) Tambahan : RM100 one-off | RM50 (tiap bulan) sehingga RM600 (setahun) Tambahan : RM100 one-off |
TARIKH BAYARAN EKASIH 2025
Bayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dilaksanakan mengikut tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN SARA EKASIH |
---|
15 Januari 2025 |
1 Februari 2025 |
1 Mac 2025 |
1 April 2025 |
1 Mei 2025 |
1 Jun 2025 |
1 Julai 2025 |
1 Ogos 2025 |
31 Ogos 2025 (bayaran tambahan) |
1 September 2025 |
1 Oktober 2025 |
1 November 2025 |
1 Disember 2025 |
CARA PENERIMAAN EKASIH 2025
Berikut merupakan cara penerimaan Bantuan SARA yang disalurkan kepada penerima eKasih :
NEGERI PENERIMA | CARA PENERIMAAN SARA EKASIH |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) setiap bulan dan one-off khas untuk pembelian barangan keperluan asas |
Sabah dan Sarawak | Dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) setiap bulan dan one-off khas untuk pembelian barangan keperluan asas |
EKASIH 2025 SEMAK STATUS PENERIMA
Ikuti cara semak status pendaftaran eKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my.
- Klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ekasih2.icu.gov.my.