SEMAKAN MYSARA DALAM MYKAD : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Hampir 5.4 juta penerima rakyat di Malaysia layak menerima bantuan bulanan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga akhir 2025 dengan jumlah bayaran yang diterima adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semakan mysara dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA 100 ONE OFF : (TERKINI 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
PENGENALAN MYSARA DALAM MYKAD
MySARA dalam MyKad merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih, iaitu bantuan secara tanpa tunai yang disalurkan secara bulanan kepada penerima melalui MyKad/IC (Kad Pengenalan).
Penerima boleh menggunakan kredit SARA tersebut untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah.
Pembelian hanya boleh dibuat di pasar raya berdaftar tanpa melibatkan wang tunai, menggunakan MyKad yang telah dikreditkan dengan bantuan SARA.
SIAPAKAH LAYAK MYSARA DALAM MYKAD
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025 setiap bulan:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Nota Tambahan : Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 akan dilaksanakan bermula 31 Ogos 2025 kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.
JUMLAH MYSARA DISALURKAN DALAM MYKAD
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan |
| Bujang | RM50/bulan | – |
Nota : Bermula 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan akan menerima Bantuan SARA one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 sempena sambutan Hari Kebangsaan.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYSARA DALAM MYKAD
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di aplikasi MyKasih :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT MYSARA DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai berdaftar seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara