BANTUAN SARA 2025 TERKINI : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN SARA 2025 TERKINI : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Penerima yang layak akan mula menerima bantuan SARA sebaik sahaja permohonan STR 2025 mereka diluluskan, dengan kadar bayaran bulanan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan sara 2025 terkini? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: STR FASA 3 2025 TARIKH BAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN SARA 2025 TERKINI

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
  2. SARA Bukan eKasih
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA 2025 TERKINI

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulan
BujangRM50/bulanRM50/bulan
  • Lulus STR & BUKAN eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan

CARA PELAKSANAAN BANTUAN SARA 2025 TERKINI

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik MyKad untuk penerima membeli barangan keperluan asas / kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA 2025 TERKINI

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal MyKasih; ATAU
  • Portal MySTR

Semak di Portal MyKasih (Penerima Berstatus eKasih):

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di Portal MySTR (Penerima Bukan eKasih):

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment