PERMOHONAN MYKASIH ONLINE : (PANDUAN LENGKAP) CARA REGISTER BANTUAN SARA

PERMOHONAN MYKASIH ONLINE : (PANDUAN LENGKAP) CARA REGISTER BANTUAN SARA

Kini segalanya dihujung jari sahaja yang boleh dilakukan secara atas talian (online) termasuk juga permohonan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang boleh dikemukakan secara atas talian (online) sekiranya pemohon memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah permohonan MyKasih secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI 200 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

PENGENALAN MYKASIH (BANTUAN SARA)

Yayasan MyKasih yang mengendalikan penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai sebuah bantuan tambahan kepada sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan pada setiap bulan melalui kad pengenalan (MyKad) dan penerima yang disahkan layak perlu menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas pada setiap bulan di kedai terpilih seluruh Malaysia.

KADAR BAYARAN MYKASIH (BANTUAN SARA)

Kadar pembayaran Bantuan SARA adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA
KEPADA PENERIMA STR YANG
DAFTAR EKASIH
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA
KEPADA PENERMA STR SAHAJA
BUKAN EKASIH
ISI RUMAH : RM2,100 setahunISI RUMAH : RM900 setahun
WARGA EMAS : RM1,650 setahunWARGA EMAS : RM450 setahun
BUJANG : RM600 setahunBUJANG : Tiada
*Nota : Bayaran Bantuan SARA dilaksanakan secara berperingkat pada setiap bulan dan bukanlah dibayar sekaligus.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH

Berikut merupakan syarat kelayakan pemohon Bantuan SARA MyKasih 2025 :

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
    • Isi Rumah;
    • Bujang; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berdaftar dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Asas Bukan Miskin STR :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
    • Isi Rumah; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan.

PANDUAN PERMOHONAN MYKASIH ONLINE

Ikuti panduan permohonan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

PANDUAN PENDAFTARAN MYKASIH ONLINE

Bagi individu yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa boleh mendaftarkan diri seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment