BANTUAN EWALLET MADANI 200 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Majoriti masyarakat masa kini menggunakan transaksi secara tanpa tunai (cashless) bagi pembelian atau pembayaran bil kerana dapat menjimatkan masa serta selamat digunakan. Oleh itu, Kerajaan MADANI mewujudkan bantuan tanpa tunai (cashless) yang disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan dan memerlukan.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan eWallat MADANI 200? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSALAM SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI
Inisiatif Bantuan eWallet MADANI adalah merupakan bantuan kewangan tambahan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui platform kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakannya bagi pembelian barangan keperluan asas pada setiap bulan.
JADUAL KREDIT BANTUAN EWALLET MADANI 200
Pengkreditan Bantuan RM200 setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) dalam eWallet (MyKad) penerima adalah mengikut jadual berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100 |
2. | 1 Februari 2025 | RM100 |
3. | 1 Mac 2025 | RM100 |
4. | 1 April 2025 | RM200 |
5. | 1 Mei 2025 | RM200 |
6. | 1 Jun 2025 | RM200 |
7. | 1 Julai 2025 | RM200 |
8. | 1 Ogos 2025 | RM200 |
9. | 1 September 2025 | RM200 |
10. | 1 Oktober 2025 | RM200 |
11. | 1 November 2025 | RM200 |
12. | 1 Disember 2025 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET MADANI 200
Bantuan eWallet (MyKad) sebanyak RM200 diberikan khas kepada rakyat yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR);
- Berpasangan (ada atau tiada anak) atau Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan (PGK) semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET MADANI 200
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan eWallat MADANI (MyKad), ikuti panduan semakan berikut :
- Layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN EWALLET MADANI
Baki kredit Bantuan eWallet MADANI (MyKad) boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.