MYSALAM 2025 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MYSALAM 2025 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Dalam Belanjawan, peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat, setiap penerima akan menerima sebanyak RM700 dan meneruskan skim MySalam bagi tempoh dua (2) tahun lagi. Namun, pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan Rm50 sehari hospitalisasi untuk 14 hari.

Bagaimanakah mySalam semakan status penerima? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN BANTUAN MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

APA ITU MYSALAM

Perlindungan takaful percuma di bawah Tabung Amanah mySalam adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

SENARAI MANFAAT MYSALAM 2025

Antara manfaat Bantuan mySalam adalah :

  • Manfaat Hospitalisasi :
    • Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
  • Manfaat Penyakit Kritikal :
    • Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.

SYARAT STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2025

Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Kategori B40 dan ke bawah.
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  • Individu bujang dan OKU berumur antara 40 hingga 65 tahun dengan pendapatan setahun kurang RM24,000.

MYSALAM 2025 SEMAKAN STATUS

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima mySalam melalui pautan di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
mySalamhttps://www.mysalam.com.my/mys/info/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi mySalam di atas.
  2. Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
  6. Klik butang [Log Masuk].
  7. Bagi yang belum pernah log masuk, sila klik butang [Log Masuk Kali Pertama].
  8. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
  9. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  10. Sahkan kata laluan anda dengan betul.
  11. Kemudian, log masuk semula.
  12. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  13. klik pada butang [Semakan Status].
  14. Status anda akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.

Leave a Comment