JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bakal memasuki Fasa Ketiga (3) bayaran dan akan disalurkan secara berperingkat dengan amaun bayaran adalah mengikut kategori kelayakan penerima.

Berapakah jumlah bayaran str fasa 3 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: STR 2025 FASA 3 : SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK BAYARAN STR FASA 3

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KADAR KELAYAKAN BAYARAN STR 2025

Amaun kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
Isi rumah
berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 5 Anak : RM 2,000
5 Anak dan Ke atas: RM 2,500
Isi rumah
berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 5 Anak : RM 1,000
5 Anak dan Ke atas: RM 1,250
Warga emas tiada pasanganRM 600
BujangRM 600

Jumlah bantuan diatas merupakan kadar kelayakan maksimum STR yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2025, namun bantuan tersebut akan dibahagikan secara empat fasa mengikut kadar yang ditetapkan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Bayaran bagi STR Fasa 3 akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN STR FASA 3

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

CARA BAYARAN STR FASA 3

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Pembayaran STR Fasa 3 dijangka bermula pada Ogos 2025, namun tarikh bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment