EKASIH SEMAKAN 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Rekod data eKasih telah menyenaraikan kira-kira seramai 700,000 ribu Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan dari kerajaan termasuklah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memenuhi keperluan asas.
Bagaimanakah semakan penerima eKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH MASUK DUIT STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
EKASIH SEMAKAN 2025
Bagi individu yang ingin mengetahui status kelayakan eKasih, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KELAYAKAN EKASIH 2025
Pendaftaran eKasih adalah terbuka kepada individu yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan nasional (PGK) semasa.
Berikut pula kriteria kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR BANTUAN EKASIH 2025
Kadar bayaran Bantuan SARA kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih adalah sebanyak berikut :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun;
- Warga Emas : RM1,650 setahun; dan
- Bujang : RM600 setahun.
Bagi penerima Bantuan SARA yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih pula akan menerima sebanyak berikut :
- Isi Rumah : RM900 setahun;
- Warga Emas : RM450 setahun; dan
- Bujang : Tiada.
JADUAL BAYARAN EKASIH 2025
Bayaran Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih dijadualkan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Penerima Daftar eKasih | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan |
Penerima Bukan eKasih | – | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : Tiada |
EKASIH SEMAKAN PENERIMA SARA 2025
Untuk mengetahui anda layak atau tidak terima Bantuan SARA, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.