EWALLET MADANI 2025 200 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan secara tanpa tunai bagi menggalakkan penggunaan cashless dan memastikan individu yang layak mendapatkan barang keperluan asas dengan mudah.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak penerima bantuan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI BARANGAN MYKASIH 100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI 2025
Bantuan eWallet Madani atau dikenali Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan yang diberikan kepada penerima secara tanpa tunai khusus untuk membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad (IC) tanpa melibatkan wang tunai.
SIAPAKAH PENERIMA EWALLET MADANI 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK EWALLET MADANI 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN KELAYAKAN EWALLET MADANI 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan |
Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan |
- Lulus STR & BUKAN eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah | – | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | – | RM50/bulan |
KEGUNAAN EWALLET MADANI 2025 200
Penerima boleh guna kredit eWallet (menggunakan MyKad) untuk membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara