CEK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Seramai 5.4 juta individu telah layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 terkini sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan keperluan asas secara bulanan.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sumbangan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BILA PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
SIAPAKAH LAYAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan boleh digunakan oleh penerima untuk membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

KADAR BULANAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan |
Bujang | RM50/bulan | – |
PORTAL RASMI CEK STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MyKasih; ATAU
- Portal MySTR
CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONLINE
Panduan Lengkap Semakan Status MyKasih Terkini 2025 secara online seperti berikut:
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CEK BAKI DUIT
Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara