SEMAKAN SARA DALAM IC : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kad Pengenalan (IC) digunakan untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas pada setiap bulan bermula bulan Januari hingga Disember.
Bagaimanakah semakan SARA dalam IC? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BILANGAN PENERIMA SARA DALAM IC
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bertambah pada setiap tahun seperti berikut :
TAHUN PELAKSANAAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
2023 | 200,000 ribu penerima |
2024 | 700,000 ribu penerima |
2025 | 5.4 juta penerima |
JUMLAH BANTUAN SARA DALAM IC
Berikut merupakan jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dibayar sepanjang tahun :
KATEGORI | PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM2,100 setahun | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM1,650 setahun | RM450 setahun |
BUJANG | RM600 setahun | – |
JADUAL BAYARAN SARA DALAM IC
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC adalah setiap bulan seperti jadual berikut :
TARIKH BAYARAN | PENERIMA SEDIA ADA (Sebulan) | PENERIMA BAHARU (Sebulan) |
---|---|---|
15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 | – |
1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM50 Bujang : – |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA DALAM IC
Ikuti cara semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :
- Sila layari pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN SARA DALAM IC
Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN BANTUAN SARA DALAM IC
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam IC penerima adalah untuk digunakan bagi pembelian barangan berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.