CARA SEMAKAN MYKASIH 2025 : ONLINE SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ditambahbaik dimana ia diperluas kepada 5.4 juta penerima untuk menerima kredit SARA secara bulanan bagi pembelian barangan keperluan asas di premis berdaftar.
Bagaimanakah cara semakan penerima bayaran mykasih 2025 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH DALAM IC : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPAKAH PENERIMA BAYARAN MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN MYKASIH 2025 ONLINE
Status Kelayakan Bayaran boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak Di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN JUMLAH KELAYAKAN BAYARAN MYKASIH 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan |
Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan |
- Lulus STR & BUKAN eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah | – | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | – | RM50/bulan |
MANFAAT BAYARAN MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan, dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

CARA SEMAKAN BAKI BAYARAN MYKASIH 2025
Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda atau
layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ - Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara