SEMAKAN MYKASIH DALAM IC : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi menggalakkan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui MyKad untuk pembelian keperluan asas kini diperluas ke Sabah Sarawak.
Bagaimanakah semakan mykasih dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
APA ITU MYKASIH DALAM IC
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan inisiatif bantuan tanpa tunai yang disalurkan terus ke MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan, barangan kebersihan dan peralatan sekolah di pasar raya terpilih dengan hanya menggunakan kredit SARA yang disalurkan ke MyKad.
PENERIMA MYKASIH DALAM IC
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
AMAUN BULANAN MYKASIH DIKREDITKAN DALAM IC
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan |
Bujang | RM50/bulan | – |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH DALAM IC 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan Di Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan Di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA MYKASIH DALAM IC
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara