BILA BAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kini memasuki Fasa Ketiga pembayaran dan akan mula disalurkan kepada penerima yang layak secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan, bagi meringankan beban kos sara hidup penerima golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bila bayaran duit str fasa 3 2025 masuk? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH SARA SEMAKAN ONLINE : (TERKINI 2025) SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPAKAH LAYAK BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS BAYARAN DUIT STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh diakses secara online di Portal Rasmi MySTR seperti berikut:
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ permohonan dan bayaran boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran Fasa 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
KADAR BAYARAN DUIT STR 2025
Jumlah kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
---|---|
Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 5 Anak : RM 2,000 5 Anak dan Ke atas: RM 2,500 |
Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 5 Anak : RM 1,000 5 Anak dan Ke atas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
Bujang | RM 600 |
Jumlah bantuan tersebut merupakan kadar maksimum kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2025, dan akan disalurkan secara berfasa dalam empat peringkat mengikut kadar yang telah ditetapkan.
JADUAL BILA BAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH MASUK BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | Tarikh agihan bayaran belum diumumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
Fasa 4 | Tarikh rasmi belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
CARA BAYARAN DUIT STR KEPADA PENERIMA
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf