MYKASIH SARA SEMAKAN ONLINE : (TERKINI 2025) SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Dengan pelaksanaan penambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kategori isi rumah yang berkelayakan akan menerima kadar bantuan lebih tinggi bagi menampung kos sara hidup bulanan.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak mykasih online 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN EKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.
PORTAL SEMAKAN STATUS ATAU TIDAK MYKASIH SARA 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
CARA SEMAKAN STATUS ATAU TIDAK MYKASIH SARA 2025 ONLINE
Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima mykasih sara online seperti berikut:
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN KREDIT MYKASIH SARA 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
CARA GUNA KREDIT BAYARAN SARA MYKASIH
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAKAN KATEGORI BARANG ASAS MYKASIH SARA 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Kenapa saya tidak dapat bantuan Mykasih Sara. STR dpt atas nama isteri saya FA’EZAH BINTI KHAMIS I/c 620625015948, Saya kategori warga ’emas umur 64 tahun. Status bankruptcy sejak 2009. IC no 610306085501.
Kenapa saya tidak dapat bantuan Mykasih Sara. STR dpt atas nama saya norazlin binti Abdullah I/c 030825121366, Saya kategori ’bujang umur 22 tahun.