SEMAKAN EKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN EKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data miskin dan miskin tegar sistem eKasih turut menerima kadar tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, menjadikan jumlah bantuan bulanan yang diterima turut meningkat.

Bagaimanakah semakan sama ada layak atau tidak penerima ekasih sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYSARA SEMAK 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK EKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.

KADAR PENGKREDITAN EKASIH SARA 2025

Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih 2025 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BULAN
JANUARI – MAC 2025
AMAUN BULAN
APRIL – DISEMBER 2025
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulan
BujangRM50/bulanRM50/bulan

MANFAAT KREDIT BULANAN EKASIH SARA 2025

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima, boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

CARA LULUS EKASIH SARA 2025

Untuk memastikan anda lulus sumbangan asas rahmah (sara) kategori eKasih adalah seperti berikut:

  1. Daftar Sistem eKasih di Portal eKasih : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Setelah lulus pendaftaran sistem eKasih, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dilakukan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  3. Jika lulus STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik ke MyKad anda.
  4. Selesai.

SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK EKASIH SARA 2025 ONLINE

Setelah Lulus eKasih dan STR, status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih boleh disemak seperti berikut:

  • Portal MyKasih;
  • Aplikasi MyKasih

Semakan di Portal MyKasih

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Aplikasi MyKasih

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Bayaran dan Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment