CEK BANTUAN RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Semakan status kelayakan terkini bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MyKasih bagi mengetahui jika anda layak menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cek status layak atau tidak bantuan rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: EKASIH SEMAK STATUS ONLINE : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
MANFAAT BANTUAN RAHMAH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RAHMAH 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
AMAUN KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA BERSTATUS EKASIH | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan |
Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan |
- Lulus STR & BUKAN eKasih
KATEGORI PENERIMA BUKAN EKASIH | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah | – | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | – | RM50/bulan |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
hjfj4q