SARA EKASIH DALAM IC : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Seramai 700,000 penerima sedia ada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dalam rekod eKasih, turut menerima kadar tambahan SARA menjadikan kadar bulanan yang diterima lebih tinggi berbanding sebelum ini untuk membeli barangan asas.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara ekasih dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAKAN STATUS 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH DALAM IC 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA EKASIH DALAM IC 2025 ONLINE
Setelah Lulus eKasih dan STR, status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih boleh disemak seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
KADAR BAYARAN SARA EKASIH DALAM IC
Jumlah Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Berstatus eKasih 2025 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULAN JANUARI – MAC 2025 | AMAUN BULAN APRIL – DISEMBER 2025 | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan | RM2100 Setahun |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan | RM1,650 Setahun |
| Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan | RM600 Setahun |
MANFAAT SARA EKASIH DALAM IC
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima, boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

CARA GUNA DUIT SARA EKASIH DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara