PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA B40 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
Hanya golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan (B40) sahaja layak untuk mendaftar dan mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah dan percuma yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.
Bagaimanakah cara pendaftaran Lesen Memandu Percuma B40? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MANFAAT BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA KEPADA B40
Pelaksanaan Program Bantuan Lesen Memandu Percuma dapat memberi manfaat kepada golongan B40 dalam :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
SYARAT KELAYAKAN LESEN MEMANDU PERCUMA B40 2025
Antara syarat-syarat kelayakan peserta Bantuan Lesen Memandu Percuma adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
MAKLUMAT LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Berikut merupakan maklumat berkaitan Bantuan Lesen Memandu Percuma yang perlu diketahui oleh pemohon / peserta :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA B40 2025
Ikuti panduan pendaftaran Lesen Memandu Percuma seperti berikut :
- Dapatkan Borang Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) di sini : https://bantuanbaru.my/wp-content/uploads/2025/03/BORANG-PERMOHONAN-PESERTA-MYLESEN-B2.pdf.
- Klik pada butang [Muat turun / Download] borang.
- Setelah itu, [Cetak] keluar borang untuk diisi.
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Kepilkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan, seperti :
- Salinan Kad Pengenalan;
- Keputusan Ujian Sariangan Kesihatan; dan
- Gambar berukuran pasport.
- Seterusnya, pilih Pusat Latihan Memandu yang terdekat untuk menghantar borang dan menjalani Latihan Praktikal.
- Selesai.
*Catatan : Sekiranya pendaftaran / permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Peserta diwajibkan hadir pada tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.