SEMAK SARA BUKAN EKASIH : TERBARU 2025 CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
Seramai 4.7 juta penerima STR yang tidak tersenarai dalam eKasih turut menerima kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya berdaftar bermula April 2025.
Bagaimanakah cara semak status layak atau tidak sara bukan ekasih terbaru 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH SEMAK STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN SARA BUKAN EKASIH TERBARU 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA bukan eKasih terbaru 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- BUKAN dari kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
AMAUN KREDIT SARA BUKAN EKASIH TERBARU 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terkini 2025 bermula April – Disember 2025 adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA (BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (April – Disember) | RM900 Setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (April – Disember) | RM450 Setahun |
MANFAAT KREDIT SARA BUKAN EKASIH
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA BUKAN EKASIH 2025
Status Layak atau Tidak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori bukan eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA GUNA KREDIT SARA
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara