MYSARA SEMAKAN IC 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan ke MyKad penerima kini diperluas di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai.
Bagaimanakah semakan status mysara dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN EKASIH RAHMAH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM200 & RM100 & RM50)
SIAPAKAH LAYAK MYSARA DALAM IC
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika individu memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
SEMAKAN JUMLAH KREDIT MYSARA DALAM IC
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dalam MyKad (IC) penerima seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
| KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah (RM2,100 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan (RM1,650 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang (RM600 Setahun) | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
| KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah (RM900 Setahun) | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan (RM450 Setahun) | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
KEGUNAAN KREDIT MYSARA DALAM IC
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tanpa tunai melalui MyKad (IC) secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima menggunakan kredit tersebut untuk membuat pembelian secara tanpa tunai untuk 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar).
SENARAI BARANG MYSARA
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC):
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Tepung / Minyak masak
- Biskut / Mee Segera / Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
SEMAKAN MYSARA IC
Status kelayakan bantuan boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
Semakan Status Di Portal SARA:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
- Klik [Semakan Status]
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara