SEMAK MYKASIH STR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM900 & RM2100 & RM600)

SEMAK MYKASIH STR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM900 & RM2100 & RM600)

Mulai April 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas kepada 5.4 juta penerima, membolehkan lebih ramai individu, termasuk yang bukan dalam kategori eKasih, menerima bantuan bulanan dalam bentuk barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semak status layak atau tidak mykasih str 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900)

SIAPAKAH PENERIMA SEMAK MYKASIH STR 2025

Individu yang menepati syarat berikut layak menerima Bantuan Tambahan STR (SARA):

  1. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH STR 2025

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan Status Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semak Status].
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Semakan Status Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

KADAR BAYARAN MYKASIH STR 2025

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih Terkini April 2025 – Disember 2025 seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulan
BujangRM50/bulan
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan

CARA GUNA KREDIT MYKASIH STR 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment