SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 MYKASIH : SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Penerimaan Sumbangan Asas Rahmah yang diberikan secara ansur bersasar bagi menampung perbelanjaan barangan keperluan asas telah mendapat sambutan daripada penerima yang lalu. Oleh itu, kerajaan dari semasa ke semasa meluaskan lagi pemberian kepada lebih ramai rakyat supaya dapat sama menikmati manfaatnya.
Bagaimanakah semakan status Sumbangan Asas Rahmah MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN SARA MYKASIH : CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 MYKASIH
Antara manfaat Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah :
- Penerima yang layak akan menerima pengkreditan secara automatik pada setiap bulan.
- Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima.
- Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
- Selamat digunakan kerana mempunyai 6 digit nombor Pin yang hanya diketahui oleh pemegang kad pengenalan.
- Boleh digunakan di mana-mana 1,200 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 MYKASIH
Untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah, boleh dilakukan melalui dua (2) laman sesawang, iaitu :
- Laman sesawang MyKasih; atau
- Laman sesawang STR.
Ikuti kedua-dua panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 MYKASIH
Berikut merupakan senarai barangan Sumbangan Asas Rahmah MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Kad Pengenalan :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Nota : Rujuk label SARA MyKasih pada rak tanda harga di kedai / pasaraya yang anda kunjungi.
NILAI SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 MYKASIH
Setiap penerima akan menerima nilai Sumbangan Asas Rahmah yang berbeza untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan :
Bayaran Setiap Bulan :
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | Isi Rumah : RM100 (April – Disember) |
Warga Emas : RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | Warga Emas : RM50 (April – Disember) |
Bujang : RM50 (Januari – Disember) | – |
Bayaran Setahun :
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
Bujang : RM600 setahun | – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.