BTR HASIL GOV MY SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SESI 2025
Hasil daripada kerja keras kerajaan dalam menyasarkan semula subsidi dapat diberikan kepada rakyat yang memerlukan dalam bentuk bantuan tunai dan juga tanpa tunai bagi sepanjang tahun 2025 ini dengan kadar peruntukan sebanyak RM13 billion.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima BTR Hasil sesi 2025? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN E KASIH : CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
PENGENALAN BTR HASIL
BTR Hasil atau diperkenalkan Bantuan Tunai Rahmah yang bersama dengan bantuan tambahan iaitu Bantuan Asas Rahmah yang khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dewasa di Malaysia terutama golongan B40 dan juga M40.
KADAR BAYARAN BTR SESI 2025
Berikut merupakan kadar bayaran bagi sesi 2025 :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN BTR | KADAR BAYARAN BTR SARA |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Daftar e-Kasih : RM2,100 Bukan e-Kasih : RM900 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan e-Kasih : RM900 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN BTR | KADAR BAYARAN BTR SARA |
---|---|---|
Bujang B40 | RM600 | Daftar e-Kasih : RM600 |
- Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BAYARAN BTR | KADAR BAYARAN BTR SARA |
---|---|---|
Warga Emas B40 | RM600 | Daftar e-Kasih : RM1,650 Bukan e-Kasih : RM450 |
TARIKH BAYARAN BTR SESI 2025
Pembayaran Bantuan Asas Rahmah (BTR) adalah setiap bulan seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
PAUTAN BTR HASIL GOV MY SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SESI 2025
Semakan status kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah (BTR) hanya boleh dilakukan melalui pautan rasmi sahaja.
- Layari Pautan BTR Hasil Di Sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BTR HASIL SESI 2025
Ikuti panduan cara membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah (BTR) sesi 2025 seperti berikut :
- Pada halaman utama BTR, sila klik butang [TUTUP] untuk ‘makluman terkini’.
- Seterusnya, masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status penerima bayaran akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Rahmah (BTR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline BTR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline BTR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my.