BANTUAN MYKAD RM2100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Usaha kerajaan dalam memudahkan urusan rakyat adalah dengan inisiatif menyampaikan bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) dan tentunya semua golongan dapat menerima dan menggunakannya dengan mudah dan selamat.
Bagaimanakah semakan status Bantuan MyKad RM2,100? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT LAYAK BANTUAN MYKAD RM2100 2025
Bantuan bernilai RM2,100 dalam MyKad adalah khas kepada rakyat yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (Berpasangan / Tunggal ada anak);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa; dan
- Tersenarai dalam pengkalan data e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar sehingga 31 Oktober 2025.
JADUAL AGIHAN BANTUAN MYKAD RM2100 2025
Pengagihan Bantuan RM2,100 ke dalam MyKad penerima adalah mengikut jadual berikut :
TARIKH AGIHAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Agihan Sesi 1 : 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 | RM100 setiap bulan |
Agihan Sesi 2 : 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | RM200 setiap bulan |
= RM2,100 setahun |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM2100 2025
Untuk mengesahkan status sebagai penerima Bantuan MyKad bernilai RM2,100, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari Laman Web Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] untuk semakan.
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan Nombor MyKad*.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘LAYAK’ atau ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’.
- Sekiranya status anda memaparkan ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’, sila klik pautan [Semak.Kelayakan].
- Bahagian utama laman web STR akan dipaparkan.
- Sila log masuk akaun STR anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status anda sebagai penerima Bantuan MyKad (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKAD RM2100 2025
Pastinya sebagai penerima yang layak, anda ingin mengetahui bayaran yang masuk dalam MyKad, ikuti panduan semakan secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas sahaja. Ikuti cara guna seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli berdasarkan label SARA MyKasih.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.