MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Peluasan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima telah memberi peluang kepada golongan yang layak untuk menerima bantuan bulanan dalam bentuk barangan asas bagi menyokong keperluan harian mereka.
Bagaimanakah semakan status kelayakan mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: WWW MYKASIH COM MY SEMAKAN STATUS 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad yang berdaftar.
JUMLAH KELAYAKAN BULANAN MYKASIH 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2025 ONLINE
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Kemudian, Klik [Semak Status]
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
- Klik [Semakan Status]
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai
SEMAKAN KELAYAKAN BARANG ASAS MYKASIH 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara