SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM2100 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Mulai April 2025, sebahagian penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berstatus miskin dan miskin tegar layak menerima bantuan tambahan SARA melalui MyKad dengan jumlah kelayakan sehingga RM2,100 setahun.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm2100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH SARA JUN 2025 BILA BAYAR : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM2100
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Isi Rumah – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
SEMAKAN KADAR BULANAN PENGKREDITAN BANTUAN RM2100 KEPADA PENERIMA
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah (Berstatus eKasih) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | RM2,100 Setahun |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM2100 SECARA ONLINE
Nama serta Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Semakan di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA KREDIT BANTUAN RM2100 KEPADA PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan melalui MyKad secara bulanan selama 12 bulan untuk penerima membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit berdaftar dengan pembayaran secara tanpa tunai menggunakan kredit SARA.

CARA GUNA KREDIT BANTUAN RM2100
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara