KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan yang cemerlang, diberi keutamaan untuk melanjutkan pengajian ke prauniversiti iaitu Kolej Matrikulasi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Bagaimanakah semakan keputusan Matrikulasi? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK RESULT PEPERIKSAAN ONLINE : SEMAKAN KEPUTUSAN SPM TERBARU SEKARANG

TARIKH KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025

Bermula pada jam 10.00 pagi yang bertarikh pada 21 MEI 2025, RABU (hari ini), semua calon yang telah memohon boleh mula menyemak keputusan kemasukan ke Kolej Matrikulasi untuk pengajian bagi sesi 2025 / 2026.

SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025

Untuk mengetahui status keputusan Matarikulasi, kuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm.
  2. Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
  3. Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
  4. Kemudian, pilih menu semakan.
  5. Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
  6. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
  7. Klik pada butang [Masuk].
  8. Status keputusan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SENARAI JURUSAN MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan senarai jurusan yang ditawarkan dalam pengajian di Kolej Matrikulasi :

  • Jurusan Sains;
  • Jurusan Kejuruteraan;
  • Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
  • Jurusan Sains Komputer.

SYARAT KELAYAKAN MATRIKULASI 2025

Antara syarat kelayakan permohonan Matrikulasi adalah :

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
  • Pemohon mestilah calon lepasan SPM semasa.

Setiap jurusan pengajian Kolej Matrikulasi ditetapkan dengan syarat kelayakan yang berbeza, untuk mengatahui syarat kelayakan setiap jurusan, sila semak pada pautan di bawah :

KADAR YURAN MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan perincian kadar yuran bagi pengajian Matrikulasi :

JENIS JURUSANYURAN PENGAJIAN
DUA SEMESTER
YURAN PENGAJIAN
EMPAT SEMESTER
SainsRM599Semester I : RM599
Semester II : RM284
KejuruteraanRM599
PerakaunanRM546
Perakaunan Profesional
(JPPro)**
RM546
*Nota : Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

**Bayaran tambahan untuk JPPro : Semester I RM600.00 (untuk pembelian buku) dan Semester II bagi setiap kertas ACCA akan ditanggung oleh pelajar mengikut kadar semasa.

BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI 2025

Setiap pelajar yang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) iaitu bawah RM10,000, layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar sebanyak RM1,250 bagi setiap semester.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/matrikulasi.

Leave a Comment