PLKN 2025 SEMAK : CEK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Demi melahirkan generasi muda yang lebih berkeyakinan tinggi serta lebih bersemangat patriotik, pihak Kementerian Pertahanan telahpun bersetuju untuk meneruskan lagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2025 melalui tiga (3) sesi yang mengikut modul latihan yang baharu.
Bagaimanakah PLKN semak status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYSARA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT LAYAK PLKN 2025
Peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2025 dipilih secara rawak mengikut syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Kesihatan Fizikal dan Mental dalam keadaan sihat;
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
PLKN 2025 SEMAK
Untuk semakan status layak atau tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

- Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [SEMAK].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
MODUL LATIHAN PLKN 2025
Berikut merupakan modul-modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun ini :
- Modul Fizikal :
- Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
JADUAL LATIHAN PLKN 2025
Peserta yang terpilih perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut jadual berikut :
SESI LATIHAN | TARIKH & TEMPOH | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|---|
Pertama (1) | 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025 (45 hari) | Kem Rejimen 515, Askar Wataniah, Kuala Lumpur |
Kedua (2) | 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025 (45 hari) | Kem Rejimen 515, Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505, Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
Ketiga (3) | 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025 (45 hari) | Kem Rejimen 515, Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505, Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat)
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan Program yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my.