MYKASIH LOGIN : TERKINI 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara langsung kepada penerima yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Semakan status kelayakan boleh dilakukan terus melalui portal rasmi program ini.
Bagaimanakah cara login dan semak status kelayakan penerima mykasih terkini 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH BOLEH BELI APA : SENARAI BARANG & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SEKARANG
LOGIN DAN SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025 ONLINE
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Kemudian, Klik [Semak Status]
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
- Klik [Semakan Status]
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai
SYARAT KELAYAKAN LOGIN PORTAL MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
AMAUN BULANAN MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
KEGUNAAN KREDIT MYKASIH
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 / RM150 / RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad (IC) untuk membeli 14 Kategori produk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasaraya / kedai yang terpilih dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melaui MyKad (IC).

LOGIN DAN CHECK BAKI KREDIT MYKASIH SECARA ONLINE
Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara