SEMAK NAMA PLKN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK NAMA PLKN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Program Latihan Khidmat Negara adalah sebuah program yang bertujuan untuk membentuk generasi muda yang lebih berdisiplin, berkeyakinan tinggi, semangat patriotik dan berkemahiran insaniah bagi menghadapi cabaran masa depan.

Bagaimanakah semak nama PLKN sama ada layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PLKN ONLINE : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SENARAI FASA LATIHAN PLKN 2025

Berikut merupakan fasa-fasa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) :

  • Fasa Latihan Pra PLKN :
    • Bagi Fasa Pra PLKN, ianya merangkumi pelajar Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun.
  • Fasa Latihan Asas PLKN :
    • Bagi Fasa Latihan Asas PLKN, ia akan melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
    • Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30% dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70% yang bersifat intensif, lapangan serta praktikal.
  • Fasa Peringkat Latihan Lanjutan :
    • Untuk Fasa Peringkat Latihan Lanjutan pula sedan dibincangkan sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
    • Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

*Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang lahir pada 2007 sahaja akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dan had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga 35 tahun sahaja.

JADUAL LATIHAN PLKN 2025

Berikut merupakan jadual Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0 :

SESITARIKH LATIHANLOKASI PENEMPATAN
Pertama (1)12 Januari 2025
hingga
25 Februari 2025
(45 hari)
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah,
Kuala Lumpur
Kedua (2)11 Mei 2025
hingga
24 Jun 2025
(45 hari)
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah,
Kuala Lumpur
dan
Kem Rejimen 505
Askar Wataniah,
Pekan, Pahang
Ketiga (3)07 September 2025
hingga
21 Oktober 2025
(45 hari)
Kem Rejimen 515
Askar Wataniah,
Kuala Lumpur
dan
Kem Rejimen 505
Askar Wataniah,
Pekan, Pahang

SEMAK KELAYAKAN PLKN 2025

Hanya individu yang memenuhi kelayakan berikut layak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Kesihatan Fizikal dan Mental dalam keadaan sihat;
  • Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

SEMAK NAMA PLKN 2025

Ikuti cara semakan nama yang layak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
  2. Halaman Semakan Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar :
    • [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat)

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my.

Leave a Comment