SEMAKAN PLKN ONLINE 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kini calon yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hanya perlu menjalani latihan selama 45 hari sahaja di kem-kem yang ditetapkan. Yang mana modul latihan telah diperbaharui bagi melahirkan generasi yang lebih berdisiplin, berkeyakinan tinggi serta berkemahiran insaniah.
Bagaimanakah semakan PLKN online? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
MODUL LATIHAN PLKN 2025
Antara modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah meliputi :
- Modul Fizikal : melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak : meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat : meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
TARIKH DAN LOKASI PENEMPATAN PLKN 2025
Berikut merupakan tarikh serta lokasi penempatan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri 3.0 :
- Sesi 1 :
- 12 Januari hingga 25 Februari 2025, di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.
- Sesi 2 :
- 11 Mei hingga 24 Jun 2025, di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
- Sesi 3 :
- 07 September hingga 21 Oktober 2025, di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
SYARAT KELAYAKAN PLKN 2025
Antara syarat kelayakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2025 adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Kesihatan Fizikal dan Mental dalam keadaan sihat;
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
CARA SEMAKAN PLKN 2025
Terdapat tiga (3) cara semakan kelayakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), iaitu melalui :
- Semakan Online melalui Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my; atau
- e-Mel : Calon yang layak akan menerima e-Mel yang dialamatkan mengikut e-Mel yang didaftarkan semasa mengisi borang permohonan; atau
- Surat Panggilan Rasmi : Calon yang layak akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.
SEMAKAN PLKN ONLINE 2025
Berikut merupakan cara semakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara online :
- Layari Portal Rasmi Semakan PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Halaman Semakan Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar :
- [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat)
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :