SEMAK KELAYAKAN PLKN 3.0 : SIRI 2/2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2026 membuka semakan kepada calon untuk mengetahui status kelayakan bagi Siri 2/2026. Semakan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem rasmi ePLKN 3.0 yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), bagi memudahkan calon mendapatkan keputusan dengan cepat dan tepat.
Bagi pengambilan Siri 2/2026, calon yang terpilih akan mengikuti latihan selama kira-kira 45 hari, yang dijadualkan berlangsung sekitar April hingga Jun 2026 di kem latihan terpilih. Oleh itu, semakan kelayakan amat penting bagi membolehkan pelatih mengetahui status masing-masing serta membuat pengesahan penyertaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sehubungan itu, calon serta ibu bapa disarankan untuk membuat semakan segera bagi memastikan tidak terlepas sebarang maklumat penting berkaitan penyertaan PLKN 3.0 tahun 2026.
Bagaimanakah cara semak kelayakan PLKN 3.0 bagi Siri 2/2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Baca juga: STR FASA 2 2026 BILA MASUK : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0 2026
Syarat kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2026 yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
KAEDAH MAKLUMAN KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0 2026
Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) bagi tahun 2026 akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:
- Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
- E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.
TARIKH BUKA DAN TUTUP SEMAKAN PLKN SIRI 2 2026
Tarikh buka untuk membuat semakan kelayakan PLKN 3.0 bagi Siri 2 / 2026 adalah seperti yang dipaparkan berikut:
| TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
|---|---|
| 20 Februari 2026 (Jumaat) 5.00 Petang | 28 Februari 2026 (Sabtu) |
SEMAK KELAYAKAN PLKN
Tawaran kelayakan menjadi pelatih PLKN 3.0 bagi Siri 2 / 2026 boleh di semak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh merujuk panduan manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf.
TARIKH DAN LOKASI KEMASUKAN PLKN 3.0 SIRI 2 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 / 2026 akan dilaksanakan berdasarkan pada tarikh dan di lokasi kemasukan seperti yang berikut:
Siri 2 / 2026:
- Tarikh: 25 April 2026 – 03 Jun 2026
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
MODUL LATIHAN PLKN 3.0
Pembaharuan modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah merangkumi tiga (3) aspek utama, iaitu:
- Modul Fizikal :
- Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian PLKN: 03-40133613 / 03-40133618
- e-Mel: [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/