SEMAKAN PLKN ONLINE 2025 : SIRI 2
Terkini! Kapasiti pengambilan PLKN 3.0 Siri 2/2026 telah ditambah hasil pengoperasian kem baharu yang boleh menempatkan sehingga 600 orang peserta. Urusan semakan kini sudah dibuka, dan calon yang berjaya dipilih diminta untuk membuat pengesahan dengan segera sebelum tarikh akhir.
Bagaimanakah semakan PLKN online? Ikuti info lanjut di sini.
Baca juga: BANTUAN SABAH 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
Untuk makluman, tidak semua individu dalam kumpulan umur tertentu akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0 kerana pemilihan dilakukan secara rawak mengikut sistem berkomputer.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026 SECARA ONLINE
Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 3 April 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
SEMAKAN LOKASI DAN TARIKH KEMASUKAN PESERTA PLKN 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut.
Kedua (SIRI 2)
- Tarikh: 25 April – 08 Jun 2026
- Lokasi:
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur;
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang;
- Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.
TEMPOH LATIHAN PERCUBAAN PLKN 3.0
Tempoh masa bagi Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah selama 45 hari.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-4013 (Sambungan 3612 / 3613 / 3614 / 3603 / 3604 / 3626)
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my/