SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sebuah bantuan tambahan diberikan setiap bulan selama tempoh 12 bulan kepada rakyat Malaysia yang khusus untuk golongan B40 dan M40 iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan bagi memenuhi keperluan asas selain dari makanan.

Bagaimanakah Sumbangan Asas Rahmah semak status kelayakan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN EWALLET MADANI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Kerajaan telah meluaskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lebih ramai penerima pada tahun ini. Berikut merupakan jumlah penerima yang telah disahkan ‘Layak’ :

TAHUN BAYARANJUMLAH PENERIMA
20230.2 juta penerima
20240.7 juta penerima
20255.4 juta penerima

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN

Rujuk cara semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Di halaman utama portal, sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa sengkang) contoh : 880230115678.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Sekiranya status memaparkan “No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem”, semakan status juga boleh dilakukan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  3. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)] akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
  12. Selesai.

KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sekiranya anda disahkan ‘Layak’, jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah diberikan sebanyak berikut :

  • RM2,100/setahun kepada isi rumah STR yang daftar e-Kasih;
  • RM1,650/setahun kepada warga emas STR yang daftar e-Kasih;
  • RM900/setahun kepada isi rumah STR bukan e-Kasih;
  • RM600/setahun kepada bujang STR yang daftar e-Kasih;
  • RM450/setahun kepada warga emas STR bukan e-Kasih.

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah kepada semua penerima yang ‘Layak’ adalah setiap bulan mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
BAYARAN SESI 1
15 JANUARI 2025
HINGGA
1 MAC 2025
BAYARAN SESI 2
1 APRIL 2025
HINGGA
1 DISEMBER 2025
Penerima STR
Daftar e-Kasih
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM100/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
Isi Rumah : RM200/sebulan
Warga Emas : RM150/sebulan
Bujang : RM50/sebulan
Penerima STR
Bukan e-Kasih
Isi Rumah : RM100/sebulan
Warga Emas : RM50/sebulan

KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penyelarasan bayaran Sumbangan Asas Rahmah kepada semua penerima adalah mengikut kaedah seperti berikut :

NEGERI-NEGERI PENERIMAKAEDAH BAYARAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
W.P Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Terengganu, Pahang, Kelantan,
Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis,
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan
Sumbangan Asas Rahmah dibayar secara
ansur setiap bulan melalui pengkreditan
terus ke dalam kad pengenalan diri (IC)
penerima bagi pembelian barangan
keperluan asas tanpa tunai (cashless)
*Kaedah bayaran tersebut adalah bagi memudahkan semua penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan.

CARA GUNA SUMBANGAN ASAS RAHMAH UNTUK BELI KEPERLUAN ASAS

Penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh menggunakan Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran (rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli berdasarkan label Sumbangan Asas Rahmah di rak tanda harga.
  3. Di kaunter bayaran, berikan kad pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih.
  5. Pembayaran akan disahkan dengan menggunakan kad pengenalan.
  6. Resit baki akan diberikan untuk rujukan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment