CHECK STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

CHECK STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Untuk mengurangi bebanan komitmen rakyat untuk pembelian barangan keperluan asas selain barang dapur, kerajaan menambah keperluan asas lain supaya rakyat dapat membeli lebih banyak barangan keperluan secara tanpa tunai dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

Bagaimanakah cara check status SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EWALLET MADANI : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)

MANFAAT BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Berikut merupakan antara manfaat penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada penerima yang layak :

  • Bantuan dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam kad pengenalan penerima;
  • Penerima boleh menggunakan kad pengenalan untuk pembayaran barang keperluan asas tanpa tunai;
  • Pembelian tanpa had kerana terdapat 13 jenis barangan yang diluluskan;
  • Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan, baki akan dibawa ke bulan seterusnya;
  • Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

JUMLAH KREDIT SARA MYKASIH 2025

Jumlah pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah bergantung kepada status kelayakan penerima seperti berikut :

  • RM450/setahun dikreditkan kepada Warga Emas Bukan Miskin;
  • RM600/setahun dikreditkan kepada Bujang Miskin dan Miskin Tegar;
  • RM900/setahun dikreditkan kepada Isi Rumah Bukan Miskin;
  • RM1,650/setahun dikredikan kepada Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar;
  • RM2,100/setahun dikreditkan kepada Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar.

CHECK STATUS SARA MYKASIH 2025

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, ikuti cara check status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SARA MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CHECK BAKI SARA MYKASIH 2025

Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang ada dalam kad pengenalan penerima boleh dicheck melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment