SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Seramai 5.4 juta penerima STR (4.7 juta penerima baharu bukan eKasih dan 0.7 penerima sedia ada berstatus eKasih) layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk barangan asas bermula 2025.

Bagaimanakah semakan status kelayakan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CEK BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

MANFAAT BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit bulanan melalui MyKad khusus untuk membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan dan barangan kebersihan rumah di pasar raya atau kedai runcit berdaftar.

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

Penerima Sedia Ada

  • Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori – Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang;

Penerima Baharu

  • Bukan eKasih;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori – Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan;

JUMLAH KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada
PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM2,100 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM1,650 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
(RM600 Setahun)
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Baharu
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM900 Setahun)
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM450 Setahun)
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment