SEMAK SEMULA SPM 2025 : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
Untuk pelajar serta ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan pada tempoh hari oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Kini berpeluang untuk mengemukakan permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya terdapat perubahan gred.
Bagaimanakah permohonan semakan semula SPM? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TEMPOH PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM
Permohonan untuk semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dibenarkan selama tempoh 30 hari sahaja daripada tarikh keputusan peperiksaan diumumkan iaitu bermula 24 April 2025 sehingga 23 Mei 2025 sahaja.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN SEMAK SEMULA SPM 2025
Ikuti panduan lengkap permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut :
- Muat turun Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan di Play Store atau App Store / layari Portal e-Lembaga Peperiksaan.
- Daftar akaun menggunakan alamat e-mel peribadi :
- Bagi permohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi maklumat yang betul.
- Pilih menu bahagian [Semak Status] untuk membuat permohonan semakan semula keputusan.
- Setelah membuat bayaran bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak semula, pilih menu [Semak Status].
- Sekiranya keputusan semakan adalah ‘KEKAL’, slip keputusan peperiksaan sedia ada kekal terpakai.
- Sekiranya keputusan semakan adalah ‘BERUBAH’, calon perlu mengambil tindakan seperti berikut :
- Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan Sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu; atau
- Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
- Selesai.
PERATURAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM
Bagi pelajar atau ibubapa yang ingin mengemukakan permohonan semakan semula keputusan SPM, perlu mengetahui peraturan seperti berikut :
- Pastikan pelajar dan ibubapa mengenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakn semula boleh dibuat sekaligus.
- Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
- Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2024, markah peperiksaan percubaan dan sijil/penyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
- Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada :
- Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 8, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA, (u.p.: Unit Menengah Atas).
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada :
SAMBUNGAN PERATURAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM
- Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
- bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
PROSES SEMAKAN SEMULA SPM 2025
Berikut merupakan proses semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
- Semakan Semula Keputusan pada tarikh yang dibuka;
- Melalui aplikasi / portal rasmi e-Lembaga Peperiksaan;
- Permohonan;
- Buat bayaran (RM100 setiap mata pelajaran);
- Semak keputusan “Kekal” atau “Berubah”;
- Slip keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) bulan.
PROSES SEMAKAN SEMULA SPM KES “T”
Bagi calon keputusan “T”, berikut merupakan proses semakan semula :
- Semakan semula keputusan pada tarikh yang dibuka;
- Melalui aplikasi / portal rasmi e-Lembaga Peperiksaan;
- Permohonan;
- Buat bayaran (RM100 setiap mata pelajaran);
- Semak keputusan “Kekal” atau “Berubah” :
- “Kekal” : Slip sedia ada akan kekal terpakai; atau
- “Berubah” : Pulangan bayaran akan diberikan.
- Slip keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) bulan.
KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM
Bagi permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Slip keputusan semakan semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- [email protected]
- 03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :