EWALLET MYKASIH 2025 RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Penerima MyKasih yang sedia ada adalah direkodkan seramai 700,000 dan terdapat pertambahan seramai 4.7 juta penerima baharu menjadikan keseluruhan penerima yang layak pada tahun ini adalah seramai 5.4 juta merangkumi golongan isi rumah, bujang dan warga emas.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima eWallet MyKasih RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : DAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA : SESI 2025 CARA MOHON SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
KADAR PENYALURAN MYKASIH 2025
Penyaluran Bantuan Mykasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut kadar seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DISALURKAN JANUARI – MAC | KADAR BANTUAN DISALURKAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi Rumah (STR dan e-Kasih) | RM100 | RM200 |
Isi Rumah (STR Sahaja) | – | RM100 |
Warga Emas (STR dan e-Kasih) | RM100 | RM150 |
Warga Emas (STR Sahaja) | – | RM50 |
Bujang (STR dan e-Kasih) | RM50 | RM50 |
Bujang (STR Sahaja) | – | – |
KAEDAH PENYALURAN EWALLET MYKASIH 2025 RM100
Kaedah penyaluran Bantuan MyKasih telah diselaraskan kepada semua penerima di setiap negeri seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan | Disalurkan secara automatik setiap bulan melalui pengkreditan tanpa tunai terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima dan bukanlah melalui akaun e-Wallet. |
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKASIH 2025 RM100
Bagi yang belum mempunyai aplikasi MyKasih, sila muat turun aplikasi MyKasih di dalam telefon bimbit dan ikuti panduan semakan baki seperti berikut :
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025 RM100
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi MyKasih yang boleh diakses untuk semakan status kelayakan penerima :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
Mohon baru